Posted on

V-CUTS SIXPACK ABS – THE TRUTH

CARA UNTUK DAPATKAN V-CUTS IDAMAN MALAYA

sixpack-logo

Bagaimana cara terbaik untuk dapatkan v-cuts abs?

Menurut sesetengah pakar, mempunyai sixpack abs berbentuk v-cut adalah berpunca daripada factor genetic.

Tetapi kami dari Team The SIxpackerz menyangkal dakwaan ini kerana bagi kami semua lelaki layak memiliki bentuk tubuh yang diidamkan. Sixpack abs v-cuts yang betul terbentuk hasil daripada usaha dan kerja keras.

Bagi kami, v-cuts sixpack abs sangat mudah untuk dimiliki jika anda ikut rapat langkah-langkah ini:

  • Mengurangkan peratusan lemak terbukti membantu mendapatkan v-cut sixpack abs
  • Jika anda memiliki otot sixpack yang agak besar setiap satunya, v-cuts ini akan mula muncul jika anda menjaga pemakanan dan senaman yang betul.

 

SENAMAN

Anda perlulah memasukkan rutin senaman khas untuk external oblique (otot bahagain tepi badan) dan bahagian bawah rectus abdominis (otot yang menonjolkan sixpack).

Disini saya masukkan senaman khas yang sesuai untuk membantu anda membentuk v-cuts sixpack abs.

 

 laying-down_leg_raises.jpg

Lying Leg Raises

Tips:

  • Untuk menambahkan resistance atau meningkatkan kesusahan level senaman ini, anda boleh meletakkan objek diantara kedua belah kaki seperti bola, botol atau bantal.
  • Pastikan anda menurunkan kaki perlahan-lahan untuk memastikan otot bahagian bawah abs bekerja keras memastikan gerakan ini lengkap.

 

 

 haningexer2.jpg

Hanging Knee, Side & (Straight) Leg Raises

Tips:

  • untuk memastikan anda mampu untuk kontrak atau mengetatkan otot abas ke tahap maksima, anda boleh meletakkan objek diantara kedua belah kaki. Ini akan mengaktifkan adductor muscle.

v-hold_abs_blog (1).jpg

V Hold

Tips:

  • senaman v hold ini boleh dilakukan berdasarkan kiraan masa berbanding focus pada jumlah bilangan reps. Kekal pada posisi ini antara 30-120 saat.

 

KLIK SINI UNTUK DAPATKAN DETAIL 10 SENAMAN KILLER SIXPACK ABS

LATIHAN DAN NUTRISI  

Berapa banyak reps dan sets yang perlu kita lakukan?

Anda perlu ingat bahawa sixpack abs bukan sahaja terletak pada senaman atau berapa ribu reps sit ups and boleh lakukan dalam sehari. Tetapi sixpack abs lebih kepada komitmen anda dalam menentukan nutrisi pemakanan yang bagus, rutin senaman yang teratur dan extra senaman abs.

 

Kalau boleh, cuba seperti dibawah:

  • 3-5 set
  • 6-13 reps
  • 60-90 saat rest antara setiap set, dan 30-60 saat antara setiap senaman.

 

 

Bagaimana dengan cara pemakanan untuk mendapatkan sixpack abs?

Sebenarnya lebih daripada satu cara untuk mendapatkan sixpack abs. Tetapi saya lebih suka tekankan cara yang berkesan.

 

 

Anda boleh pilih pendekatan yang lebih mudah dengan mengira total kalori, timbang setiap macros yang diperlukan oleh tubuh. Cara ini sangat berkesan dan akan mendapatakan kesan yang sangat pantas dalam usaha anda mendapatkan sixpack abs. Tetapi cara ini memerlukan komitmen dan focus 100%.

ATAU

Anda boleh pilih cara yang lebih mudah dengan mengagak total kalori yang diperlukan untuk setiap hidangan.

 

Terima kasih.

Advertisements

Leave a Reply