Posted on

5 SEBAB UTAMA OTOT LAMBAT NAIK

NEW`1.jpg

Dah bermacam cara dan supplement digunakan. Tetapi badan masih sama. Kalau sebelum ni mungkin tak cukup training atau tidur tak cukup yang mungkin mengganggu proses pembesaran dan pemulihan otot, tetapi otot masih dibawah tahap yang memuaskan.

Mungkin ini 5 faktor utama yang menghalang pembesaran otot.

  1. Matlamat
  2. Momentum
  3. Failure
  4. Legs
  5. Pemakanan

MATLAMAT

Mungkin anda mahu bina otot sambil menurunkan peratusan lemak dalam badan pada masa yang sama.

Memang ini tidak mustahil. Sesetengah orang boleh membina otot sambil membakar lemak untuk kelihatan lebih lean.

Tetapi adalah lebih baik jika kita focus pada satu matlamat sahaja. Fokus bina otot, kurangkan senaman kardio dan tingkatkan pengambilan kalori.

Berapa kerap perlu lakukan kardio? Cukup 2 kali seminggu. Maksima 3 kali. 20-30 minit sudah memadai. Namun setiap individu berbeza. Jangan terlampau lebih lakukan kardio sehingga mengganggu prestasi ketika latihan bebanan.

 

MOMENTUM

Jangan lakukan senaman dengan ‘kipping’ ‘bouncing’ atau ‘swinging’ hanya untuk mencukupkan jumlah bilangan reps.

Ingat. Form yang baik lebih bagus daripada reps yang banyak tetapi tidak menjaga form. Kerana ini bukan hanya akan merencatkan senaman, bahkan boleh mengundang kepada kecederaan.

Seeloknya lakukan senaman dengan 10-12 reps dengan form yang baik dan ulang dengan 3-4set untuk setiap jenis senaman.

Jadi, kurangkan momentum ketika bersenam hanya untuk dapatkan jumlah reps yang tinggi. Cukup dengan menjaga form untuk kekal menambah volume otot.

 

FAILURE

Jangan sesekali silap melakukan senaman sehingga failure.

Failure disini bermaksud gagal. Lakukan senaman sehingga tidak mampu lagi untuk mengangkat bebanan dengan jumlah reps yang tinggi.

Memang betul senaman sehingga failure dapat meningkatkan kadar pertumbuhan otot dengan merangsang lebih banyak lagi jisim otot bekerja untuk melakukan senaman tersebut. Itu adalah training volume. Itu bagus. Yang diperlukan adalah training volume. Lakukan senaman dengan jumlah set yang banyak.

Tetapi yang tidak boleh dilakukan ialah senaman failure di awal set. Ini akan menyebabkan set seterusnya tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Seeloknya lakukan senaman failure dihujung atau di akhir set.

Diingatkan juga untuk melakukan senaman failure dengan form yang betul untuk mengelakkan kecederaan.

 

LEGS

Antara sebab lain yang menjadi punca anda tidak dapat membina otot dengan pantas ialah kerana kurang latihan bahagian bawah badan terutamanya kaki.

Seperti sebelumnya, senaman volume meningkatkan hipertrofi otot. Begitu juga dengan senaman kaki. Senaman yang melibatkan kaki merangsang hipertrofi otot dan menjadikan otot membesar dengan lebih pantas. Ini kerana senaman ini melibatkan jisim otot yang lebih besar terletak di bahagian kaki.

Kenapa penting latihan kaki?

  1. Kerana senaman ini merangsang perembesan hormone tumbesaran.
  2. Otot kaki perlukan lebih volume untuk penat.

Selain otot kaki, otot besar yang lain seperti back dan chest juga boleh dilatih untuk merangsang perembesan hormone tumbesaran.

Boleh dapatkan alat senaman seperti pull up bar dan parallel dip bar untuk mula melakukan senaman dirumah.

 

PEMAKANAN

Sebab mudah ialah anda tidak makan dengan cukup. Rata-rata lelaki mengatakan mereka makan banyak. Tapi masih sama. Tetapi bila ditanya berapa banyak, masing-masing terdiam.

Jadi, berapa banyak yang perlu dimakan? Paling mudah. Makan 6 kali sehari.

Atau lebih mudah, makan setiap 3 jam.

  1. Sarapan pagi, 8am
  2. Makan pagi, 11am
  3. Makan tenghari, 1pm
  4. Makan petang, 4pm
  5. Makan malam, 7pm
  6. Makan malam, 9pm

 

 

Advertisements

Leave a Reply